Beza status tanah hakmilik sementara dengan hakmilik kekal yang ramai tak tahu

Beza status tanah hakmilik sementara dengan hakmilik kekal yang ramai tak tahu

 

Dalam pemilikan tanah, terdapat proses yang pelbagai yang perlu diikuti untuk mengesahkan pemilikan hartanah tersebut, dan kadang-kadang proses ini mengambil masa berbulan-bulan.

Oleh itu, ramai yang kurang terdedah kepada maklumat mengenai perkara ini.

Lebih-lebih lagi, hak pemilikan tanah juga terbahagi kepada dua iaitu hakmilik sementara dan hakmilik kekal.

Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai perkara ini, mari kita ikuti peguam hartanah, Salkukhairi Abd Sukor dalam perkongsian di bawah.

Apa Beza Hakmilik Sementara Dengan Hakmilik Kekal?

Saya perlu menjelaskan perkara ini kerana masih ramai yang keliru tentang status Tanah Hakmilik Sementara ini. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah seperti berikut:

Sama ke Hakmilik Sementara ni dengan Leasehold (Pegangan Pajakan)?

Leasehold dan hakmilik sementara adalah dua perkara yang berbeza.

Hakmilik sementara (qualified title) berlawanan dengan Hakmilik akhir (final title).

Pegangan bebas (freehold) berlawanan dengan Pegangan pajakan (leasehold).

Sebuah hartanah mungkin berstatus pegangan bebas (freehold), tetapi masih dalam hakmilik sementara (qualified title).

Sebaliknya, sebuah hartanah mungkin berstatus pegangan pajakan (leasehold), tetapi sudah mempunyai hakmilik akhir (final title).

Bagaimana untuk mengetahui sama ada hartanah tersebut sudah memiliki hakmilik akhir atau masih dalam hakmilik sementara?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah:
Jika Hakmilik Sementara: Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D).

Jika Hakmilik Akhir: Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold)?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah:
Jika Pegangan Bebas: Dalam carian ditulis “Selama-lamanya”.

Jika Pegangan Pajakan: Dalam carian ditulis “Pajakan 99 Tahun”.

Adakah tanah hakmilik sementara ini boleh dibeli? Adakah akan ada masalah pada masa akan datang?