Biadap!!! Kenapa Muhyiddin memilih tarikh ulang tahun kematian As-Syahid Dr Morsi untuk berbincang dengan As-Sisi?

Biadap!!! Kenapa Muhyiddin memilih tarikh ulang tahun kematian As-Syahid Dr Morsi untuk berbincang dengan As-Sisi?

“Saya berada pada kedudukan no 6 sewaktu peperiksaan Menengah di seluruh Mesir, saya adalah pelajar terbaik kuliah perubatan selama 6 tahun berturut-turut, saya juga adalah Doktor terbaik dalam pengkhususan saya, saya adalah pensyarah perubatan di Universiti Al Azhar, saya memberikan khidmat perubatan selamat 25 tahun di pusat perubatan saya yang diakui sebagai antara pusat perubatan terbaik di Mesir, saya termasuk senarai panjang aktivis kemanusiaan di negara ini.

Apabila saya ditangkap, saya dituduh melakukan perlakuan jenayah di 25 provinsi di Mesir seakan saya adalah ketua mafia antarabangsa! Kalian telah membunuh anak saya dalam tragedi Rabi’ah, kalian telah tangkap dan seksa anak lelaki saya, kalian kepung isteri dan anggota keluarga saya, kalian bakar rumah dan pusat perubatan saya.

Apakah kalian menyangka bahawa saya akan berhenti di sini untuk mempertahankan diri, saya bersumpah dengan nama Allah, samaada dibunuh atau dilepaskan semua itu sama sahaja bagi saya, demi jalan Allah dan negara ini, (saya lakukan ini) supaya generasi yang mendatang tahu siapakah yang berada dalam barisan kebenaran dan siapakah yang bersama kebatilan”

Dan orang-orang yang zalim itu akan ketahui di manakah tempat kembali mereka di akhirat kelak.

[Ucapan Dr Ahmad Baltaji di hadapan hakim Mesir] .

Seorang insan hebat dituduh dengan pelbagai tuduhan ‘jijik’ semata-mata kerana beliau bangun mempertahankan ‘kesahan’ pemilihan Dr Mursi secara demokratik.

Cukup malu apabila ‘aktor’ tebuk atap Malaysia, Mahaidin Md Yasin memilih tarikh ulang tahun pembunuhan Dr Mursi – Rahimahullah – dan tarikh perbicaraan ‘akhir’ para aktivis demokratik Islamis untuk berhubung dengan mentornya – pembunuh demokrasi dan kemanusiaan Mesir – Fattah Sisi. Lebih malu, apabila mereka yang mengaku sebagai ‘mata rantai Ikhwan’ hanya berdiam diri terhadap tindakan ‘tak malu’ Muhaidin tersebut.

Sumber : FB

Sumber : BH