Biadap!!! Lagi kes gangguan seksual di SJR, terbaru libatkan perempuan bertudung labuh

Biadap!!! Lagi kes gangguan seksual di SJR, terbaru libatkan perempuan bertudung labuh

Tular di Twitter kes terbaharu gangguan seksual melibatkan anggita polis dan tentera pagi tadi.

Menurut pengkicau yang menggunakan akaun @maliniidris kejadian berlaku ketika dia melalui satu sekatan jalan raya (sjr) pagi tadi jam 9.05 pagi dipersimpangan Putrajaya ke Lebuhraya SKVE/LDP

Menurutnya lagi, dia ditahan dan ditanya oleh anggota polis yang bertugas hendak kemana. Sambil menganggap ianya soalan biasa ditanyakan, dia menjawab hendak menghantar susu Nilopa yang dipesan pelanggannya.

Namun tanpa disangka, polis tersebut mula bertanyakan soalan bernada lucah menyoal adakah susu tersebut diperah oleh saya sendiri

Tambah mengecewakan apabila polis dan askar yang turut sama bertugas menyambut soalan temannya itu dengan gelak tawa.

Malini berkata sebagai seorang perempuan muslim yang bertudung labuh, perbuatan pihak keselamatan yang bertugas tersebut sungguh memalukannya.

Dalam masa yang sama, pengadu telah memanjangkan aduannya ke akaun twitter rasmi PDRM memandangkan dia menganggap kes tersebut akan disapu bawah karpet sekiranya dia membuat laporan rasmi di balai polis.

Sehingga kini, kicauannya telah diulang kicau sebanyak hampir 4 ribu kali. Ini merupakan kes ke-3 melibatkan pengguna jalanraya wanita diganggu secara seksual oleh anggota yang bertugas.