Biadap!!! Tiada keperluan usul undi percaya, Idris tak serik perlekeh Titah Agong

Biadap!!! Tiada keperluan usul undi percaya, Idris tak serik perlekeh Titah Agong

Tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri (PM) dan kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa budi bicara kepada Seri Paduka Baginda untuk melantik PM harus dibaca bersama Perkara 43(2)(a) yang mana PM hendaklah dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Ternyata sekali pelantikan PM merupakan tanggungjawab perlembagaan dan kuasa mutlak YDPA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idrus, tatacara penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat telah pun diputuskan oleh Seri Paduka Baginda sendiri.

Bagi tujuan tersebut, katanya, YDPA telah mengadakan sesi menghadap bersama ketua-ketua parti politik utama negara pada 17 Ogos lalu di mana kesemua 220 ahli-ahli Dewan Rakyat telah diminta untuk menyatakan nama ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan menjadi PM menerusi surat akuan.

Seterusnyanya, YDPA telah berkenan menerima menghadap seramai 114 ahli Dewan Rakyat pada 19 Ogos lalu untuk mengesahkan kepercayaan mereka yang telah dicalonkan untuk dilantik Ismail Sabri sebagai PM.

Seterusnya pada 21 Ogos lalu, PM baharu telah mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah taa setia di hadapan YDPA mengikut kehendak Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, proses pemilihan PM oleh YDPA adalah mengikut kehendak Perlembagaan, katanya.

“Sekiranya pelantikan PM baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain YDPA, ini bermakna kuasa mutlak YDPA boleh diatasi oleh pihak lain.

“Langkah sedemikian tidak selaras dengan peruntukan perlembagaan dan menidakkan YDPA seperti termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan fakta-fakta dan kedudukan itu, tidak ada keperluan untuk mengasahkan pelantikan PM dan kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang.

Sumber – MalaysiaGazette