“Biar dia rasakan”, – netizen setuju reman abang tunjal kepala pemandu wanita ditambah lagi 9 hari

Abang baju merah yang viral selepas tular videonya menunjal kepala pemandu wanita sekali lagi menjadi perhatian umum.
Ini selepas Mahkamah Majistret sekali lagi menjatuhkan hukuman penjara 9 hari dan denda RM2,000 selepas dia mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada dua orang pelayan restoran.
Mohammad Zaim Faiz Tarmizi mengaku bersalah dihadapan Majistret Qasiratuljannah Usmani Othman.
Kejadian yang berlaku pada 4 Jun 2023 jam 4.20 petang itu, pesalah dengan sengaja telah menampar pelayan restoran warga Asing. Kes seperti itu boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Selepas itu, Zaim didapati melakukan kesalahan sama ke atas seorang lagi pelayan restoren warganegara, V Dennis Pillai di lokasi sama.
Selepas didapati bersalah, Zaim dilihat mengalirkan air mata dan merayu agar hukuman diringankan kerana perlu menanggung seorang isteri yang akan bersalin hujung bulan ini dan seorang anak kecil. Dia juga perlu menanggung kos rawatan ibunya dan hanya memiliki pendapatan bulanan RM1,500 sahaja.
Zaim juga mengakui dirinya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Untuk rekod , Zaim telah dijatuhkan hukuman penjara 7 hari gara-gara didapati bersalah menunjal kepala seorang pemandu wanita sebelum itu.