Bila orang biasa jual murah pun kena cop mahal, tapi bila artis yang jual mahal semua berebut beli

Bila orang biasa jual murah pun kena cop mahal, tapi bila artis yang jual mahal semua berebut beli

 

Sudah menjadi perkara biasa untuk orang ramai membeli barangan yang dijual artis kesayangan mereka walaupun harga yang diletakkan agak tinggi.

Namun ada sesetengah yang menganggap harga yang diletakkan oleh penjual biasa ini lebih mahal walhal harganya berpatutan dengan produk yang dijual.

Seorang pengguna Twitter, @kkkcaz meluahkan rasa kecewa kerana pernah menjual rendang ayam dengan pulut kuning pada harga RM8 tapi dikatakan mahal.

“Artis jual RM18 netizen tetap beli, teringat aku jual segini RM8 pun ramai kecam mahal.

“Sebab tu aku pencen je jual pulut kuning dan rendang ayam,” tulisnya di Twitter.

Warganet memaklumkan sudah biasa untuk orang membanding produk berjenama dengan tepi jalan padahal kualiti sama sahaja.

“Kesian awak, ini perkara biasa. Beli Starbucks, Coffee Bean ok jer, bila berniaga tepi jalan, food truck, tiba-tiba mengadu kata mahal,” ujar @Crynaux.

“Banyak macam ni RM8 je? Murah sangat ni, buat pulut dengan rendang ni renyah kot,” tambah @nandonitame.

Makanan ini kadangkala perlu lihat pada kualiti, kadang-kadang beli yang mahal ini tak sedap, murah juga yang dicari nanti.