“Bila pintu dibuka, adik sudah terlentang tidak bernyawa”…

“Bila pintu dibuka, adik sudah terlentang tidak bernyawa”…

Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah rumah di Kampung Baru Chembong Halt, di sini hari ini.

Mangsa, Rizal Salleh, 43, ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu oleh abangnya, Shahril Salleh, 45, yang pergi ke rumah berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, abang mangsa menolak pintu hadapan sebelum mendapati adiknya dalam keadaan telentang dan sudahbtidak sedarkan diri.

Lelaki itu kemudian menghubungi talian 999 untuk bantuan selanjutnya.

“Pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Rembau tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa meninggal dunia. Siasatan mendapati mangsa tinggal seorang diri.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia lebih empat hari dan siasatan lanjut di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau di sini bagi proses bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Sumber – K! ONLINE