Bilal bakal mulakan prasekolah minggu depan, Neelofa kecewa tak dibenarkan akses CCTV sekolah
Selebriti terkenal, Noor Neelofa telah meluahkan kecewa terhadap prasekolah yang dipilih untuk anak sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Ismail apabila tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak masing-masing.
Prasekolah Bilal tak benar akses CCTV
Ujar Neelofa menerusi Insta Story miliknya, dia dan suami akan menghantar anak mereka ke prasekolah pada minggu hadapan. Namun, pihak prasekolah Bilal tidak membenarkan mereka untuk mengakses CCTV sekolah tersebut apabila ditanya.
Selebriti itu juga menyatakan yang di sekolah anak kawannya boleh sahaja mengakses CCTV dan boleh memantaunya pada bila-bila masa sahaja.
“Memandangkan minggu depan Bilal akan memulakan prasekolah, saya tanya sekiranya ibu bapa boleh akses CCTV di prasekolah tetapi tidak dibenarkan.
“Bukan apa, kawan saya berkongsikan dekat sekolah anaknya, ibu bapa boleh akses CCTV bila-bila masa saja,” tulisnya.
Sertakan artikel kewajiban CCTV pada 2024
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah selebriti, Muhammad Haris Ismail atau biasa disapa PU Riz turut menyertakan artikel berkaitan kewajiban CCTV di prasekolah menjelang tahun 2024 atas alasan yang berasas.
Untuk rekod, anak pertama Neelofa dan Haris bakal berusia 3 tahun pada tahun hadapan. Bilal yang lahir pada 29 Januari 2022 sering mendapat perhatian peminat kerana kecomelannya walaupun pasangan selebriti itu jarang mendedahkan wajah anak mereka.
Pada 11 Julai lalu, Neelofa telah selamat melahirkan putera kedua yang diberi nama Abdullah Abbas.
Bekas pengacara Meletop itu telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan lebih memilih untuk menjadi usahawan selepas tampil berniqab dan menjadi seorang isteri.