Bilal didakwa cabul anak tiri 12 tahun di Terengganu

Bilal didakwa cabul anak tiri 12 tahun di Terengganu

 

Seorang bilal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak kanak perempuan  berusia 12 tahun yang juga anak tirinya.

Tertuduh yang berusia 38 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal itu dengan cara meraba badan dan kemaluan mangsa.

Tertuduh juga menyuruh mangsa menggosok kemaluan tertuduh sehingga keluar air mani.

Perbuatan dilakukan di satu kawasan lapang di Jalan Kubang Parit, Kuala Terengganu pada 2 Ogos lalu.

Perbuatan tertuduh terbongkar apabila mangsa melaporkannya kepada guru sekolah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14 (b ) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes ditetapkan pada  22 Ogos depan.