Bimbang diet rosak, Sanusi ‘tolak’ McD dihadiahkan TMJ
Episod perang antara 2 personaliti terhangat tanahair masakini, Sanusi dan TMJ seakan melihatkan tanda-tanda semakin reda.
Selepas siri berbalas serangan antara kedua-dua mereka, Sanusi dikejutkan dengan hadiah tidak disangka-sangka daripada TMJ.
“Menjunjung Kasih TMJ atas kiriman bunga dan McD… hari khamis ni kita berentap lagi, kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan.. kasi panas line tu wajib laaa…”😅😅🙏🏽
Semalam TMJ telah berkenan mengutus sejambak bunga dan ‘setambun’ Mc D kepada Sanusi sebagai tanda kekal bersahabat.
Meskipun terdapat netizen yang membayangkan Mc D hadiah TMJ itu sebagai saru bentuk sindiran kepada Sanusi yang selepas dilihat tidak begitu berminat dengan perkongsian diet oleh TMJ.
Umum tahu Mc D adalah makanan ringan segera yang ditolak oleh pakar kesihatan kerana sering menjadi punca kepada banyak penyakit terutama ‘obesiti’.
Namun Sanusi tetap Sanusi. Belum pun TMJ pakai seluaq lagi dia dah main bola, begitulah ungkapan yang dihamburnya ketika aerang lanas sebelum ini.
Seakan dapat membaca ‘permainan nakal’ TMJ. Dalam hantaran terbarunya, dia menyatakan kekal setia dengan makanan tempatan berbanding makanan barat.
“Coqkodok pisang dan coqbilih kucai tetap menjadi pilihan walaupun ada setambun McD di depan… selera bahan tempatan yang segar tak mungkin dapat direntap burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar…” 😅😅😅
Nampaknya hasrat TMJ untuk melihat Sanusi ‘gemuk’ tidak kesampaian. Sementara itu dalam satu hantaran pengguna FB menggunakan nama akaun Muhd Syafiq Mat Jap telah berkongsikan gambar-gambar Sanusi lincah beraksi di padang bolasepak.
Mana tahu, mungkin selepas ini TMJ bercadang pula mengadakan satu perlawanan bolasepak persahabatan bersama Sanusi memandangkan TMJ sendiri sudah sedia maklum hebat beraksi di atas padang.
Pada masa itu nanti, bolehlah ditayang ‘skill’ hebat masing-masing kepada rakyat Malaysia.