Bimbang kerajaan PN tumbang lebih awal, Ismail Sabri tergamak jual nama Agong

Bimbang kerajaan PN tumbang lebih awal, Ismail Sabri tergamak jual nama Agong

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum undi percaya dilaksanakan dalam sidang Parlimen September ini sebenarnya menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Ismail, ini kerana pelaksanaan undi percaya pada bulan itu telah mendapat perkenan Agong.

“Kami ahli parlimen yang setia kepada Agong akan patuh kepada titahnya (iaitu) apa pun yang nak diselesaikan, tentang perkara berkaitan kerajaan, perlu dilakukan di parlimen.

“Kami berpandangan, perkara lain adalah perkara yang diluar perkenan agong, termasuk hantar SD (akuan bersumpah) atau surat akuan untuk melakukan tindakan yang boleh runtuhkan kerajaan sebelum parlimen diadakan.

“Jika tindakan (usaha) runtuhkan kerajaan yang (cuba) gagalkan hasrat Agong supaya parlimen bersidang dan keabsahan ditentukan di dalam parlimen.

“(Jadi..) Tak timbul isu (kerajaan PN) derhaka, yang derhaka mungkin yang langgar perkenan supaya perkara ini di bawa ke September,” katanya di sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Kenyataan Ismail itu jelas merujuk Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini memberitahu pihaknya telah menghantar surat akuan kepada Agong bagi memaklumkan jumlah ahli parlimen parti itu yang tidak lagi menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Parti-parti pembangkang juga mendesak undi percaya itu dilakukan lebih awal, iaitu selewat-lewatnya 9 Ogos ini.

Sumber – Malaysiakini