Bini baru saja bersalin 4 bulan, ditalak suami kerana ibu mentua tak suka

Bini baru saja bersalin 4 bulan, ditalak suami kerana ibu mentua tak suka

 

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga, pasti inginkan rumahtangga mawaddah, sakinah dan rahmah.

Perkahwinan adalah perkongsian dua jiwa antara lelaki dan perempuan, mengemudi rumahtangga dengan cara mereka mengikut lunas agama.

Namun tidak semua rumahtangga itu bahagia kerana adanya campur tangan dari mentua. Lebih menyedihkan suami yang diharap mempertahankan rumahtangga hanya mengikut saja cakap emaknya tanpa sebab munasabah.

Di media sosi4l viral curahan hati se0rang ibu muda, Azaria Sherin Nur Syafa yang mengajukan soalan kepada Ustaz Hanan Attaki tentang masalah rumahtangga dilaluinya.

Dirinya dital4k ketika baru melahirkan anak kecilnya gara-gara tidak disukai mentua tanpa sebab yang jelas.

Dalam pertanyaan kepada Ustaz Hanan dalam satu forum ilmu, Sherin bercerita dirinya bertemu suami pada 2015 dan  pertemuan kedua pada 2021.

Dari perkenalan itu, dirinya dirisik dan mereka bernikah pada 2022. Mereka dikurniakan se0rang anak lelaki  dalam keluarga kecilnya.

Tapi mal4ngnya, dari awal perkahwinan hingga saat sudah melahirkan seorang cucu, kini berusia 4 bulan mentuanya tetap tidak menyukai dirinya walau dia tidak tahu di mana sal4hnya. Dirinya telah dijatuhkan talak pada 16 Jun 2023 yang lalu.

Gara-Gara Mak Mentua Tidak Suka

Masa yang sama, wanita muda ini bertanya pada Ustaz Hanan Attaki apakah dia berdos4 jika melawan mentua yang mencampuri urusan rumahtangganya dengan suaminya?

Pada hal selama ini dirinya meredhao dan mengikhlaskan jika suami memberikan nafkah kepada orang tuanya tanpa memberi kepada isteri dan anaknya.

Dia juga bertanyakan apakah  suami berdos4 jika meninggalkan isteri dan anaknya yang masih memerlukan susuk seorang ayah.

Menangis saat wanita muda ini berkongsi cur4han hati ini, Ustaz Hanan pun memberikan jawapan atas pertanyaan Sherin. Dia menyebut salahsatu musib4h besar adalah ujian perpisahan dalam rumah tangga.

“Ujian berpisah dalam rumah tangga itu musib4h besar. Dan itu termasuk peristiwa yang disukai oleh ibl1s. Ibl1s itu akan sangat bangga ketika tentera kecilnya berhasil memisahkan seorang lelaki dengan isterinya.

Itu dinyatakan dalam Al-Quran. Sehingga sal4h satu di antara musibah paling besar itu adalah percerai4n,” jelas Ustaz Hanan.

Ustaz Hanan juga menasihatinya agar tidak perlu khuatir jika anak kecilnya kekurangan kasih sayang seorang ayah, Kerana perhatian Allah itu  lebih baik dari perhatian bekas suaminya.

“Saat kehilangan sesuatu, bukan bererti telah kehilangan segalanya. Allah akan menggantikan yang lebih baik daripada sesuatu yang telah pergi.

“Tapi ketika kita kehilangan sesuatu, kita bukan kehilangan segalanya. Orang beriman boleh kehilangan, tetapi dia tidak kehilangan segalanya kerana dia selalu punya Allah dalam hidupnya.

Dan ketika kita kehilangan sesuatu Allah menggantikan sesuatu. Perancangan, Allah lebih baik daripada sesuatu yang telah pergi itu,”kata Ustaz Hanan.