Bini boss tiba-tiba datang rumah nak masuk meminang, aku terkejut, jika ditolak diugut pula, rupanya…

Bini boss tiba-tiba datang rumah nak masuk meminang, aku terkejut, jika ditolak diugut pula, rupanya…

 

Sedikit latar belakang mengenai diri aku – seorang wanita berumur awal 40-an, berpendidikan, masih bujang, anak tunggal dan bekerja dalam sektor swasta.

Aku bukan lah kaya tahap T20 tapi boleh dikatakan terdiri dalam golongan agak senang.

Bila bini boss tiba2 dtg rumah nk pinang, aku terkjut. Jika ditolak, diugut pula. Lps 2 thn, ofismate kongsi cerita

Aku tinggal dalam kawasan taman perumahan bersama dengan orang tua yang sudah bersara. Jiran jiran terdekat boleh dikatakan agak rapat juga.

Memandangkan keluarga kami agak kecil, jadi ramai juga la jiran yang menghulurkan bantuan sekiranya terjadi sesuatu kecemasan. Memiliki jiran yang baik ini aku fikirkan adalah satu rahmat, jadi aku dan keluarga melayan semua jiran dengan baik juga. Bertukar tukar hidangan makanan di antara kami adalah perkara biasa..

Sehingga la pada satu hari aku menerima panggilan telefon daripada suami kepada jiran aku ini. Dia mengatakan bahawa dia ingin menghantar rombongan meminang kepadaku melalui isteri pertamanya.

Terkejut? Dah tentu sebab aku tidak pernah bercinta pun dengannya. Dia merupakan seorang suami yang memiliki ramai anak. Aku tak ingat jumlah sebenar, tapi berbelas juga la anaknya. Ada kerjaya dan juga memiliki perniagaan sendiri yang diuruskan oleh sang isteri.

Alasan si suami ini adalah kerana dia kesiankan aku dan dia rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan seorang anak dara tua (yang ketara hidup senang bekerjaya).

Sebagai anak tunggal katanya, siapa yang akan menjaga aku nanti sekiranya kedua orang tua aku sudah tiada. Isteri pertama beliau ada anak anak yang ramai untuk menjaganya. Daripada percakapannya, dapat aku simpulkan bahawa si suami ini merasakan jodoh aku lambat kerana aku betul betul tak laku.

Walhal apa yang dia tidak tahu, sudah berapa banyak pinangan yang aku tolak daripada lelaki yang sama spesis macam dia ni.

Kenapa aku cakap ini adalah “sc4m p0ligami”?

1) Dia tidak akan bagi tahu isteri pertama apa tujuan sebenar perkahwinan kedua ini. Jadi aku tidak perlu risau dengan isteri pertama kerana katanya isteri pertama akan ikut sahaja apa yang dia mahu.

Kenapa taknak bagi tahu tujuan untuk berp0ligami? Adakah dia ingin selamatkan diri? Dekat sini aku nampak yang akan terjeratnya nanti adalah aku. Silap silap orang akan kata aku la peny0ndol.

Padahal aku tidak berselera pun dengan suami orang ini dan aku mohon kepada Allah supaya aku tidak perlu libatkan diri dengan mana mana suami orang.

2) Sebelum idea p0ligami ini wujud, dia pernah meminta kebenaran daripada orang tuaku untuk menggunakan sebahagian tanah kediaman kami untuk dia bercucuk tanam. Tak nampak pelik ke lelaki ini?

Tanah kediaman kami, ikut suka la apa yang kami nak buat. Tanah tu kosong sekali pun takde kaitan dengan dia.

3) Dia sendiri pernah tazkirah aku dengan macam macam hal. Kononnya cara hidup aku yang tidak mengikut syarak menyebabkan aku lambat mendapat jodoh.

Tak ikut syarak di sini adalah aku tidak berpakaian seperti isteri dan anak anak perempuannya. Aku tidak berjubah dan berpurdah. Tapi aku tutup je aurat, siap berstokin bagai. Kerjaya aku tidak mengizinkan aku hadir ke office dengan imej Muslimah sejati.

Tapi aku menutup aurat dengan sempurna okeh. Aku pun bukannya jenis perempuan yang suka merambu sebab aku adalah seorang intr0vert.

4) Anak dia ramai. Ada yang masih belum habis sekolah. Macamana dia boleh terfikir nak jaga aku sedangkan tanggungjawab dia dengan anak anak pun masih belum selesai? Ke sebenarnya dia nak heret aku sekali dalam urusan rumahtangga dia ni?

5) Selepas aku menolak pinangannya tanpa istikharah walaupun berkali kali dia minta aku buat istikharah, aku lihat isteri pertamanya itu bukan main baik lagi dengan ibu. Lebih baik daripada biasa.

Di musim pandemik ini boleh pula dia minta untuk datang beraya. Kerajaan tak beri kebenaran untuk berhimpun dan beraya kan? Kau dah kenapa nak langgar semua benda?Aku tak tahulah samada aku aje yang kena scam atau isteri pertama pun terkena juga atau sebenarnya kami berdua kena sc4m dengan lelaki yang sama.

Pada awalnya aku malas nak kecoh. Aku dah pun blocked si suami sebab aku merasakan ini adalah satu perangkap.

Tapi memandangkan keluarga ini seperti bersungguh sungguh untuk “masuk line”, maka aku terpaksa berterus terang dengan isteri pertama bahawa aku tidak berminat untuk ada apa apa hubungan baik lagi dengan keluarga beliau atas faktor “p0ligami” itu.

Reaksi isteri pertama? Dia nampak terkejut tapi tidak la tahap terkejut yang aku harapkan. Bila aku cakap suaminya ingin dia pinangkan aku sebagai isteri kedua, si isteri hanya menyebut – alhamdulillah. Psik0 agaknya family ni. Tujuan aku hantar confession ini adalah untuk mengatakan bahawa “Sc4m P0ligami” itu wujud.

Dalam hal aku ini, lebih banyak keburukan dari kebaikan p0ligami yang aku nampak. Caranya pun dah tak betul dan banyak sangat rahsia.

Aku tidak la membennci p0ligami tapi p0ligami tidak sesuai untuk diri aku. Kalau betul nak p0ligami, bukan dengan anak dara tua seperti aku.

Di luar sana tu lebih ramai anak dara tua/ janda/ ibu tunggal yang lebih memerlukan si penyelamat negara ini. Hahaha… Ibu bapa yang memiliki anak perempuan serta wanita sebaya aku yang masih single, overthinking itu memang bhaya tapi sila la lebih berhati hati.

Jangan sampai kita terjebak dengan sc4m p0ligami sehingga hilang senyuman yang kita miliki sebelum ini. Jaga diri