Bini sibuk bertanding program realiti, artis popular ini pula buat hal berkepit dengan heroin drama

Bini sibuk bertanding program realiti, artis popular ini pula buat hal berkepit dengan heroin drama

 

Seorang aktor yang juga penyanyi popular berstatus suami dikhabarkan mengulangi semula perangai lamanya iaitu ‘curang‘.

Memetik laporan Boom! penyanyi lelaki yang dulunya pernah mencetuskan kontroversi apabila berlaku curang dibelakang isteri berkali-kali sebelum memutuskan untuk bercerai, namun kembali bersama demi anak-anak.

Ingatkan selepas penyanyi kacak yang pernah menjadi kegilaan gegadis sewaktu diusia remaja insaf, dia tidak akan buat ‘perangai’, sebaliknya lain pula jadinya.

Difahamkan, dia kini sedang sibuk berkepit dan bercengkerama dengan pasangan heroin dalam drama dibintanginya memandangkan berada jauh daripada anak bini kerana terlibat dalam penggambaran di negeri pantai timur.

Tak sangka sungguh! Tambahan pula, penyanyi berusia lingkungan 30-an itu pernah menyertai golongan alim ulama semata-mata untuk mendalami ilmu agama. Tindakan itu membuatkan isterinya yang juga seorang penyanyi bertubuh genit tidak semena-mena hilang fokus terhadap program nyanyian yang disertainya baru-baru ini.

Sekadar info, pasangan berkenaan kini mempunyai sepasang cahaya mata di mana kedua-duanya masih kecil lagi.

Apa-apa pun, diharapkan agar penyanyi berkenaan kembali ke pangkuan keluarga dan hargai peluang yang diberikan oleh si isteri sebelum kepercayaan yang diberikan selama ini kembali musnah.