‘Bising’ pekerja Lotus tak bantu angkat barang lepas belanja RM5K, netizen sekolahkan balik TikToker

‘Bising’ pekerja Lotus tak bantu angkat barang lepas belanja RM5K, netizen sekolahkan balik TikToker

 

Tidak kisahlah berapa banyak wang anda habiskan untuk membeli-belah, mengangkat barang adalah tugas sendiri tak kira pangkat apatah lagi sekadar TikToker.

Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dibantu selepas menghabiskan lebih RM5,000 di pasar raya, Lotus.

Tiktoker yang mempunyai kedai kecil itu mengatakan bahawa dia sendiri sering membantu pelanggan yang membeli banyak barang di kedainya.

Disebabkan itu, warganet tampil untuk mengecam wanita terbabit dan mempersoal di mana polisi syarikat berkenaan yang perlu membantu pelanggan mengangkat barang.

“Kau beli RM5,000 barang ada troli kan? Kedai kau barang kecil-kecil, ada troli?

“Kau bolehlah cakap oh kau hargai tolong angkat apa semua tapi kedai kau tu jual barang kecil.

“Lotus tu barang-barang besar siap dengan troli, bukannya tak ada troli. Lain kalau tak ada troli, amenda (apa benda) kau ni?,” kata pengguna Twitter @si_shorty.

Hargai pelanggan bukanlah sekadar angkat barang ke kereta, ada pelbagai lagi cara yang boleh digunakan untuk hargai mereka.

Contohnya bagi diskaun, troli untuk angkat barang. Jangan gunakan alasan habiskan beribu ringgit untuk marah bila tak dibantu.