Blogger terkenal dakwa urusan jual beli Ahli Parlimen blok kerajaan sedang berleluasa

Blogger terkenal dakwa urusan jual beli Ahli Parlimen blok kerajaan sedang berleluasa

PEMBELIAN BERULANG, ATAU KANJAR BALIK

Sekadar renungan petang. Kelmarin saya berjumpa dan bersembang lama dengan seseorang yang boleh dianggap sebagai pemain utama dalam bilik gerakan rahsia parti politik, war room. Saya pernah duduk bersamanya dalam beberapa pilihan raya.

Maklumat terbaik yang dikongsikan semalam agat mengejutkan, walaupun sukar untuk tidak dipercayai kerana mengenangkan beliau rapat dengan sumber dalaman dari berbagai parti politik, maka saya mengambil kira dan menyimpan dalam kepala apa diberitahunya.

Ceritanya, kegiatan atau urusan membeli ahli parlimen kian giat dilakukan kini. Politik kebendaan terus berjalan, scheme of things.

Yang menjadi sasaran kini bukan ahli parlimen pembangkang, tetapi ahli parlimen parti dalam kerajaan. Urusan niaga pula dilakukan oleh salah seorang ahli parlimen juga. Perkara ini pecah apabila satu sumber dalam parti berkenaan yang rapat dengan ahli parlimen yang disasarkan memberi tahunya.

Menurut sumber itu kata kawan itu, urusan itu mensasarkan sekruang-kruang lima hingga 10 orang ahli parlimen. Dan dalam urusan ini mungkin membabitkan penjualan atau pembelian semula wakil-wakil rakyat, atau disebutnya sebagai recycle pembelian. Apakah ada kejadian “kanjar” balik. Kita tunggu. Trims.