Blogger UMNO pun pelik bagaimana SC bersihkan Azam Baki

Blogger UMNO pun pelik bagaimana SC bersihkan Azam Baki

1. Sehingga kini Jabatan Perkhidmatan Awam masih membisu dalam isu Azam Baki yang melanggar beberapa peruntukan Kelakuan dan Tatatertib dalam Perintah Am yang MESTI di patuhi oleh seorang Penjawat Awam.

2. Adakah pegawai-pegawai di JPA juga ada fail di SPRM sehingga telur jadi kecut. Atau Azam Baki bukan seorang penjawat awam.

3. Jika dia setaraf Raja-Raja Melayu pun, Raja-Raja Melayu pun boleh di dakwa melalui Mahkamah Khas.

4. Maka sejarah Malaysia akan mencatatkan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah kebal dari sebarang tindakan undang-undang Malaysia dan terkecuali dari undang-undang sedia ada.

5. Ini adalah kes ketiga Ketua Pesuruhjaya SPRM kebal dari tindakan undang- undang.

  • Kisah Ketua Pesuruhjaya SPRM membawa perempuan bukan muhrim bercuti. Aduan di buat, tiada tindakan.
  • Kisah Ketua Pesuruhjaya SPRM membocorkan maklumat visual yang di rakam secara tidak sah.
  • Kisah Ketua Pesuruhjaya SPRM mempunyai akaun pembelian saham. Tapi kewangan tidak pernah di buktikan bersih dari undang-undang.

Itulah Malaysia Hari Ini. -zmy 20012022

Sumber – FB Zaharin Mohd Yasin