BLP 2023: Cara mohon bantuan kewangan sehingga RM200 sebulan

BLP 2023: Cara mohon bantuan kewangan sehingga RM200 sebulan

Pelbagai jenis bantuan yang disalurkan kepada rakyat Malaysia khususnya mereka yang memerlukan dan berkelayakan sama ada dari peringkat Negeri atau Persekutuan melalui Kementerian atau Jabatan yang selaras dengan tangunggjawab dan amanah masing-masing.

Antaranya adalah Bantuan Latihan Perantis (BLP) 2023 yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk membantu meringankan beban mereka yang berkelayakan.

Berikut perkongsian mengenai Bantuan Latihan Perantis (BLP) 2023 ;

BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Tujuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir dari persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih / bekas pelajar institusi kebajikan dalam pengajian kemahiran atau latihan sambil bekerja (part time)

KADAR BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Berikut merupakan jumlah yang akan disalurkan kepada mereka yang layak untuk mendapatkan Bantuan Latihan Perantis (BLP) secara bulanan

Jumlah Bantuan Latihan Perantis :
  • RM200 Sebulan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Untuk makluman, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah meletakkan beberapa syarat sebelum membuat sebarang permohonan. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan untuk layak memohon Bantuan Latihan Perantis (BLP) :

  1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Anak-anak penerima bantuan / bekas pelatih dari institus kebajikan ; atau
  3. Kes-kes seliaan akhlak ; atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.

CARA MEMOHON BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Untuk makluman anda, Setiap permohonan anda akan dijalankan siasatan penilaian (means-tested) yang bertujuan untuk mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian :

  • Salinan kad pengenalan (IC) pemohon
  • Salinan kad pengenalan (IC) suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan slip gaji (jika ada)
  • Dokumen yang berkaitan (bawa semasa hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)) :