BN pertaruh Ustaz Kazim tumbangkan Hamzah di Larut

BN pertaruh Ustaz Kazim tumbangkan Hamzah di Larut

Desas desus penyertaan Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) sebagai calon BN di Larut akhirnya menjadi kenyataan selepas tularnya gambar beliau dalam sesi fotografi mengenakan pakaian BN di laman media sosial hari ini.

Beliau yang pernah dilantik menganggotai Majlis Tertinggi parti Melayu terbesar di Malaysia itu oleh PM ke-6, Najib Razak sebelum menolaknya dengan alasan bimbang dicemuh masyarakat ketika itu.

Beliau juga pernah menggemparkan negara baru-baru ini selepaa tampil berkuliah dengan memakai topeng sehingga mencetuskan perdebatan hangat di kalangan pengguna media sosial.

Menjawab persoalan ramai, Kazim mendedahkan dirinya terpaksa berpakaian serupa ‘ninja’ kesan daripada sihir katak puru yang dihidapnya.

Tambah penceramah selebriti itu lagi, tindakan itu diambil atas nasihat doktor memandangkan wajahnya tidak boleh terdedah secara terus kepada cahaya matahari.

Sementara itu, Harian Metro sebelum ini melaporkan Ustaz Kazim terpaksa menutup sebahagian mukanya kerana malu untuk bersemuka dengan orang ramai susulan penyakit dihidapinya itu.

“Saya takut orang geli dan jijik. Apabila pakai macam itu, tak adalah malu sangat,” katanya.

Sebelum ini, katanya luka pada bahagian kaki dan badan sudah beransur pulih sejak tiga bulan lalu, kemudian merebak ke muka sebelum beliau nekad bertemu pakar kulit untuk rawatan.

Melihatkan perkembangan terbaru dirinya yang tidak lagi berpakaian ‘ninja’, rata-rata pengguna media sosial menganggap kenyataan Kazim sebelum ini berupa gimik murahan bagi menarik kembali perhatian selepas popularitinya dilihat semakin malap kebelakangan ini.