“Boleh check booking nama under di sana..” – Hafidz kantoi bawa Athira bercuti di PD?

“Boleh check booking nama under di sana..” – Hafidz kantoi bawa Athira bercuti di PD?

 

Sudahlah selingkuh di belakang isteri dan lafazkan talak melalui panggilan telefon, namun akhirnya Nurul Shuhada malah perlu terima pula 3 kali tumbukan sehingga berbekas teruk di wajah.

Sedangkan sehari sebelum kejadian itu adalah sambutan ulang tahun wanita berkenaan yang ke 29.

I owe Shuhada, Humairah and Umar my sincerest apologies

Terdahulu sebelum semuanya terjadi, ‘orang ketiga’ (Athira Yuhada) yang didakwa terlibat dalam masalah rumah tangga Shuhada dan Hafidz Roshdi sempat memuat naik permohonan maaf kepada keluarga kecil tersebut.

Malah dia juga akui tidak akan lagi berhubung dengan aktor berkenaan selepas ini selain menyesali segala perbuatan yang pernah dilakukan.

Dia takut bila dia kantoi for the second time, and dia takut tiba-tiba viral even si sana dah janji never contact

Walau bagaimanapun, jelas Shuhada mereka berdua masih lagi berhubung dan oleh kerana itulah dia dikasari di parkir RnR tempoh hari.

Malah jelas wanita tersebut, suaminya cukup takut jika kisah perselingkuhan berkenaan kembali viral sehingga tergamak melakukan perkara sedemikian.

Sementara itu, salah seorang netizen sempat bertanyakan tentang foto kaki berdua yang pernah dimuat naik Athira menerusi laman Facebook miliknya.

Itu semuanya I have the proof tapi itu dosa mereka dengan Allah, biarlah Allah hukum mereka seburuk-buruknya

Enggan lagi berselindung, Shu seolah-olah mengiyakan jika foto gambar kaki yang diambil di pantai berkenaan adalah milik ‘pasangan’ berkenaan.

Jelasnya lagi, lokasi berkenaan adalah di sekitar Port Dickson dan tempahan bilik dilakukan menggunakan nama si ‘pelakor’.

Bukan itu sahaja, sebenarnya wanita tersebut juga akui tahu dan simpan banyak bukti perlakuan tidak bermoral yang dilakukan kedua-dua mereka namun menyerahkan semuanya kepada Allah S.W.T.