Bongkar!!! Benarkah menteri Umno yang berpaling tadah ditawar ‘suaka politik’ oleh PM?

Bongkar!!! Benarkah menteri Umno yang berpaling tadah ditawar ‘suaka politik’ oleh PM?

Menteri Kabinet dari Umno hari ini menzahirkan rasa terkejut dengan serangan bertali arus presiden mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata sumber berhubung pertemuan ringkas mereka dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang tadi.

MalaysiaNow difahamkan, pertemuan itu dihadiri hampir kesemua menteri dan timbalan menteri Umno di Putrajaya dengan kebanyakan daripada mereka mengakui tidak mempunyai “penjelasan yang logik” berhubung siri ucapan yang menyerang Bersatu dan PN.

“Mereka berkata, mereka sendiri tidak faham mengapa sasaran ucapan Perhimpunan Agung Umno kepada parti yang sama memberikan mereka jawatan dan kuasa ketika menjadi pembangkang,” kata sumber kepada MalaysiaNow, beberapa jam selepas pertemuan tamat tanpa sebarang keputusan jelas.

Perhimpunan Agung Umno hujung minggu lalu menyaksikan pemimpin dan perwakilan parti menyerang Bersatu dalam menyokong presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk memutuskan hubungan dengan PN. – MN