Bongkar!!! JAIPk diminta siasat pembabitan kakitangannya dalam sindiket pernikahan tidak berdaftar libatkan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat

Bongkar!!! JAIPk diminta siasat pembabitan kakitangannya dalam sindiket pernikahan tidak berdaftar libatkan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat

Tular tangkap layar perbualan dalam aplikasi Whatsapp menyentuh isu Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Nik Zawawi Saleh yang didakwa bernikah tanpa mengikut prosedur apabila bernikah di masjid tanpa mendaftarkan perkahwinan terlebih dahulu sebelum upacara akad nikah.

Dalam perbualan tersebut, pegawai Pegawai Tadbir Agama (PTA) Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) yang juga merupakan Ketua Kawasan Pas Ipoh Timur turut didakwa terlibat dalam ‘merestui’ pernikahan tersebut sekalipun diketahui bersalahan dengan enakmen undang-undang shariah negeri Perak.

Berdasarkan maklumat yang dilampirkan, ianya merupakan perkahwinan isteri ketiga buat Nik Zawawi. Pasangannya merupakan seorang ibu tunggal yang baru sahaja kematian suaminya, dan dianggap pakar rujuk agama kepada kaum wanita di sekitar kawasan tersebut.

Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Saleh juga pernah diminta membantu menyelesaikan masalah perkahwinan melibatkan Nik Zawawi namun ianya tetap gagal diselesaikan berpunca dari sikap Nik Zawawi sendiri.

Meskipun dirahsiakan, namun mereka yang rapat telah maklum ahli parti tersebut menggunakan kedudukan sahabat-sahabat sama parti yang memegang jawatan strategik di dalam agensi-agensi agama negeri mahupun persekutuan untuk memudahkan urusan berkaitan agama termasuk poligami dan permohonan tauliah mengajar agama.

Sehingga berita ini ditulis, pihak JAIPk masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kontroversi ini. Rata-rata yang bersimpati dengan wanita tersebut memohon jasa baik dan tindakan tegas daripada pihak JAIPk demi menyelamatkan maruahnya selaib meringankan penderitaan yang dialaminya.