Bongkar!!! Najib berang kerajaan PN menipu dalam isu perlanggaran had hutang negara
Saya tak rasa ianya salah bagi kerajaan banyak meminjam masa pandemik untuk bantu Rakyat selagi ianya dilulus parlimen dan tidak menyalahi undang-undang.
Malah, saya antara orang pertama yang beberapa kali saran kerajaan PN untuk naikkan had hutang kerajaan dari 55% selepas melihat nisbah hutang negara telah naik dari 48.7% masa BN ke 54.4% pada masa kerajaan PH tumbang dan kita mula diancam pandemik.
Lalu, kerajaan PN berbuat demikian dan berjaya mendapat kelulusan parlimen setelah membawa RUU untuk naikkan had hutang dari 55% ke 60% pada bulan Ogos lalu.
Tak salah untuk kerajaan meminjam untuk beri bantuan kepada Rakyat pada masa pandemik.
Namun, kerajaan PN telah mencecah had 60% yang dinaikkan sendiri setelah nisbah hutang kerajaan sebenar telah naik ke 62.2% pada akhir tahun 2020 dan dijangka mencecah 64.5% pada akhir tahun 2021 dengan jumlah hutang kerajaan sebanyak RM975 bilion (berbanding RM687 bilion sebelum PRU14).
Tapi ianya salah jika kerajaan melanggar undang-undang sendiri dan had hutang yang telah diusulkan kerajaan yang kemudiannya diluluskan parlimen.
Jika had ini tidak penting, buat apa kerajaan PN usulkan untuk dinaikkan pada tahun lepas?
Ianya juga salah jika kerajaan PN menipu dan menafikan had hutang sudah tercecah biarpun laporan-laporan rasmi Kementerian Kewangan sendiri nyatakan dengan jelas bahawa nisbah hutang sudah pada paras 62.2% pada akhir tahun 2020.
Kerajaan boleh tipu sendiri dan tipu Rakyat tapi kerajaan tidak mampu tipu ahli-ahli ekonomi dan pelabur asing yang tidak akan senang bahawa kerajaan cuba menipu data fiskal negara.
Sekiranya kerajaan bertukar tangan lagi pada masa hadapan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap menteri-menteri kerajaan PN jika keadaan ini tidak diperbetulkan dan dilulus parlimen.
Jadi, kerajaan PN perlu jujur dan perbetulkan keadaan secepat mungkin.
Bawalah usul baru untuk menaikkan lagi had hutang untuk diluluskan dalam parlimen sebagaimana kerajaan PN pernah buat pada bulan Ogos tahun lalu.
Hutang negara bukan isu kecil yang hanya memberi kesan kepada kerajaan PN hari ini sahaja.
Kerajaan-kerajaan masa depan dan Rakyat perlu berdepan dengannya pada akhirnya.