Bosan duduk rumah, mak ayah pergi butik melaram pakai baju pengantin

Bosan duduk rumah, mak ayah pergi butik melaram pakai baju pengantin

 

Perasan tak apabila melihat orang-orang lama, perkahwinan mereka kebanyakannya berkekalan cukup lama sehingga puluhan tahun.

Samalah juga dengan pasangan suami isteri ini yang begitu mesra mengalahkan orang muda sehingga mampu mencuri perhatian ramai.

Tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh @azurabohari88, memaparkan gelagat ibu dan bapanya melaram baju pengantin kerana kebosanan berada di rumah.

Menerusi video tersebut, sempat si isteri meminta suaminya untuk memakai baju pengantin lelaki bersongket hijau untuk sedondon dengannya. Malah, mereka juga turut mengenakan aksesori seperti mahu bersanding.

Pasangan itu tersenyum malu apabila diminta untuk posing di hadapan kamera seperti pengantin baru.

Difahamkan, pasangan itu sudah 38 tahun mendirikan rumah tangga seperti yang dinyatakan dalam kapsyen video itu.

Menurut sumber mStar, butik tersebut merupakan milik pengguna TikTok tersebut dan ia bukanlah kali pertama ibu bapanya memakai baju pengantin kerana mereka sering berkunjung ke sana untuk mengisi masa lapang.

Kata Azura, ibu bapanya seperti kebanyakan orang-orang lama yang lebih hangat bercinta selepas mendirikan rumah tangga.

Tambahnya, walaupun ibu bapanya kelihatan serasi, sebenarnya mereka berdua mempunyai karakter yang berbeza.

“Kita yang tengok ni pun tersenyum”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tersenyum melihat kemesraan pasangan suami isteri ini.

Screenshot 2023 07 05 172918

Dalam pada itu, ramai turut mendoakan agar pasangan berkenaan terus diberi kesihatan yang baik dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Alahai, sweet sangat ni!