Bosan kaya sangat, wanita kerja cuci pinggan mangkuk di restoran

Bosan kaya sangat, wanita kerja cuci pinggan mangkuk di restoran

 

Rupa wanita ini pada luarannya mampu memperdayakan semua orang. Siapa sangka, pencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran di China dihantar pemandunya dengan kereta mewah Bentley berwarna hitam.

Kisah ini mengambil tempat di Chengdu, sebuah bandar di wilayah Sichuan, China mengenai seorang wanita kaya yang berkerja sebagai pencuci pinggan mangkuk disebabkan bosan.

Rakaman yang menunjukkan wanita berkenaan yang mengenakan kemeja T berbelang, sepasang but getah dan apron keluar daripada sebuah kereta Bentley berwarna hitam.

Klip yang dimuat naik kira-kira 1 April lalu telah tular di China, khususnya dalam kalangan pengguna media sosial China, Weibo.

Kapsyen video tersebut bertulis: “Apa yang dirasakan kurang bagi wanita itu bukanlah wang, tetapi akiviti-aktiviti yang perlu dilakukan.”

Menurut media China, Oriental Daily dan China Times, wanita itu sebenarnya sangat kaya tetapi memilih tugasan membasuh pinggan mangkuk di restoran sebagai satu cara menghilangkan kebosanan.

wanita kaya bosan kerja sebagai pencuci pinggan mangkuk

Pemilik restoran itu turut mengatakan, keluarga wanita tersebut merupakan orang yang berada.

Dalam pada itu, wanita tersebut mengaku bahawa keputusannya untuk berkerja di restoran bukan untuk menjana pendapatan. Sebaliknya, dia hanya mahu meluangkan masanya dengan baik.

“Keadaan sangat suram ketika berada di rumah, dan saya tidak dapat berdiam diri jika tidak membasuh pinggan mangkuk untuk sehari.”

Selain itu, individu yang menghantar wanita tersebut ke restoran dengan menggunaka kereta Bentley, merupakan anak perempuan wanita itu sendiri.

Anak perempuan memberikan sokongan yang padu terhadap ibunya

Memetik laporan Oriental Daily, anak perempuan tidak dapat menghalang ibunya daripada mengecapi impiannya untuk menjalani kehidupan tersebut.

Pada masa yang sama, anak turut memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, dengan menghantar dan mengambil ibunya dari restoran berkenaan setiap hari.

“Ini apa yang orang kaya lakukan,”

Rata-rata, pengguna media sosial di China memuji wanita tersebut kerana memiliki semangat yang wajah. Mereka turut berharap agar wanita itu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik yang terus melakukan perkara yang disukainya.

wanita kaya bosan kerja sebagai pencuci pinggan mangkuk

wanita kaya bosan kerja sebagai pencuci pinggan mangkuk

Beberapa pengguna lain turut berkongsi kisah yang sama yang berkisarkan kehidupan ahli keluarga yang kaya raya.

Katanya, kebanyakan daripada golongan ini berkerja bukan disebebkan faktor materalistik, mereka rasa ada benda yang tidak kena jika hanya duduk di rumah semata-mata.