Bosan menunggu tindakan kerajaan, pakar perubatan soal mana jawatan tetap doktor kontrak?

Bosan menunggu tindakan kerajaan, pakar perubatan soal mana jawatan tetap doktor kontrak?

Isu doktor kontrak terus menjadi tumpuan negara ketika ini. Ianya hadir selepas isu yang diperjuangan Gerakan Hartal Doktor Kontrak sebelum ini masih gagal dilaksanakan kerajaan seperti yang dituntut mereka.

Menurut jurucakap gerakan tersebut, Dr. Muhammad Yassin berkata masalah lantikan tetap mereka ke dalam Kementerian Kesihatan masih belum selesai.

Malah katanya,  kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sewaktu membentangkan Bajet 2022 baru-baru ini juga tidak jelas, apabila bersedia memberi tawaran sedia ada kepada mereka namun tidak menyebut mengenai lantikan tetap ke dalam kerajaan.

Gerakan tersebut juga dijangka akan mengadakan siri mogok kedua yang lebih besar dan kemuncaknya akan menyaksikan perletakan secara beramai-ramai doktor kontrak tersebut penghujung tahun ini, jika baki 22,288 doktor ber­ke­naan tidak diserapkan ke jawatan tetap oleh kerajaan.

Tambahnya lagi, pihak mereka akan menggerakkan doktor kontrak yang belum ‘diiktiraf’ dengan membawa plakad bermesej ‘letak jawatan’ sebagai tanda protes tersebut.

Sementara itu, isu yamg melibatkan doktor kontrak ini turut mendapat sokongan pakar perubatan yang berkhidmat di hospital-hospital kerajaan. Antaranya Pakar Perunding dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah, antara yang lantang memperjuangkan nasib golongan ini.

Dalam hantaran terbarunya di Facebooknya, Dr Rafidah dengan berani bertanyakan dimana janji kerajaan menyerap doktor kontrak ini ke jawatan tetap.

MANA JAWATAN TETAP?

Dah disuruh buat unjuran, dah buat. Lepas itu, kenapa tak ikut? Buat penat lelah buat unjuran saja. Untuk apa? Buang kertas? Sekali lagi diulangi, doktor masih TIDAK CUKUP.

Kalau pesakit tunggu lama dan complain, doktor disuruh jawab.
Kalau tidak dapat memberi perkhidmatan sebab doktor dan peralatan tidak cukup, doktor disuruh menjawab.
Doktor minta penambahan jawatan, doktor disuruh senyap.
Doktor bising di media sosial, disenyapkan.

Ini bukan doktor sahaja; bahkan kesemua petugas kesihatan. SEMUA.

And what do you do?
Ini tak boleh, itu tak boleh.
Cover sana, cover sini.
For once, be transparent.
Enough is enough.
I expect a clearer future plan, at least 10 years with full implementation strategy.

Beritahu RAKYAT apa yang cukup, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. For once, take responsibility and accountability.

Bergambar dengan Amelia, pegawai perubatan kontrak yang menolong saya membuat prosedur. Kalau tidak ada mereka, siapa nak bantu? Macamana nak latih pelapis?

Sementara itu. Khairy Jamaluddin di dalam sidang parlimen baru-baru ini turur bersetuju dengan pandangan Dr Dzulkifli, mantan Menteri Kesihatan kerajaan PH agar kerajaan segera mengisi kekosongan melibatkan perjawatan doktor perubatan ini.