Bosan tunggu Sidang Rakyat bermula, ahli parlimen wanita kantoi khusyuk main judi online

Bosan tunggu Sidang Rakyat bermula, ahli parlimen wanita kantoi khusyuk main judi online

 

Baru-baru ini, seorang ahli wakil rakyat dari DPRD DKI Jakarta ‘kantoi’ bermain judi atas talian dan perbuatannya itu dirakam oleh media.

Yang lebih mengejutkan, ahli politik tersebut dilihat sangat khusyuk bermain permainan judi slot dalam talian ketika sidang dewan wakil rakyat sedang berlangsung.

Apabila ditanya oleh wartawan, wanita tersebut mengakui bahawa dia sedang bermain permainan dalam talian pada ketika itu.

“Nak menunggu sidang rakyat untuk bermula tadi kan lama. Saya bosan dan terus main permainan online bersama rakan,” katanya.

Namun, dia menafikan bermain judi online pada waktu itu.

“Bukan judi online tetapi Candy Crush. Saya letak tablet meja ketika menunggu masa untuk bersidang.

“Tadi bosan tunggu lama. Kalau ikutkan bermula pukul 1 petang tetapi pukul 3 petang baru bersidang,” katanya.

Memetik laporan media antarabangsa, Tribun Jambi, sidang rakyat pada ketika itu mengalami gangguan teknikal menyebabkan ia tergendala selama beberapa jam.

Ketika itulah wakil rakyat tersebut bermain permainan tersebut menggunakan peranti pintar tablet di atas mejanya.