Bot tak sempat berhenti, pelanggan dah siap dengan plastik nak beli ikan

Bot tak sempat berhenti, pelanggan dah siap dengan plastik nak beli ikan

 

Pastinya ramai yang tertanya-tanya bagaimana bot boleh naik sampai ke atas darat terutamanya bagi para nelayan.

Satu video tular menunjukkan bagaimana bot tersebut naik ke darat, belum sempat sampai lagi sudah ada pelanggan yang menunggu dengan plastik.

Menerusi TikTok @mieraabdullah91, berkongsi bagaimana suami dan anaknya membawa bot ke atas pasir pantai.

“Encik suami dan anak bujang balik dari laut di pantai padang kemunting, pengkalan balak, masjid tanah, Melaka,” ujarnya dalam kapsyen.

@mieraabdullah91

en suami dan anak bujang balik kelaut.. pantai padang kemunting,pengkalan balak,masjid tanah,Melaka

♬ Full Senyum Sayang – Evan Loss

Warganet teruja melihat cara bot tersebut sampai malah memuji pelanggan yang sudah sedia menunggu ikan dengan plastik.

“Bot tak sempat landing (mendarat) lagi orang dah pegang plastik tunggu, moga murah rezeki selalu tuan tanah,” kata Aulia aisya.

“Wahh begitu rupanya boat naik ke darat, ingat tolak ramai-ramai,” tambah Ily Alyahya.

Pelbagai cara rakyat mencari rezeki, segalanya demi sesuap nasi.