“Broken tapi masih bertahan” – Zarina Anjoulie padam semua gambar tunang?

“Broken tapi masih bertahan” – Zarina Anjoulie padam semua gambar tunang?

 

Baru sahaja berkongsi momen bahagia dengan kekasih hati, pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat memuat naik gambar terbaru dengan kapsyen seperti patah hati di ruangan Instagramnya.

Macam patah hati je

Dia juga dilihat menutup ruangan komen di beberapa posting yang dibuat melibatkan tunangnya, Datuk Seri Elzey.

Tukar kapsyen di posting

Selain itu, Anju juga dilihat telah menukar kasyen posting sebelum ini yang mengatakan tunangnya mahu dia menurunkan berat badan dahulu sebelum mereka mendirikan rumah tangga kelak.

Gambar & video bersama dah tiada

Menjengah ke TikTok, tunangnya Datuk Seri Elzey juga dilihat sudah memadam akaun media sosialnya. Dia yang sebelum ini menggunakan nama @abot_anjoulie telah ‘lesap’ dan video-video kebersamaan mereka juga sudah tiada.

Dalam pada itu, Anju turut memuat naik gambar terbarunya dengan kapsyen berbahasa Inggeris menyatakan dirinya cuba menghindari dari sebarang perkara tidak diingini berlaku.