Buang masa rakyat, Ismail Sabri perjelas SOP rentas daerah
Kelmarin tular satu tangkap layar keluhan dari pengguna jalan raya yang berasa teraniaya dengan peraturan rentas daerah semasa PKP di Selangor yang dikeluarkan MKN.
Pengguna tetsebut keliru apabila disaman oleh anggota polis dalam sekatan jalan raya kerana dituduh melakukan aktiviti rentas daerah tanpa kebenaran.
Namun, pengguna tersebut menafikan tuduhan tersebut dengan mengatakan tempat yang ditujunya masih berada di baeah pentadbiran daerah yang sama.
Ketika mendapatkan penjelasan, pihak polis masih berkeras berpegang dengan keputusan yang sama dan menyuruhnya menghubungi MKN. Malangnya pegawai yang bertugas di MKN sendiri gagal menjawab persoalan tersebut.
Setelah bosan dilayan seperti bola, pengguna tersebut akhirnya menghubungi Pusat Kesihatan Daerah bagi menyelesaikan kekusutan peraturan tersebut. Malangnya PKD memaklumkan bahawa pengguna tersebut tidakpun melanggar arahan rentas daerah kerana tempat yang dituju sememangnya masih di dalam daerah yang sama.
Bagi menyelesaikan kekusutan, Menteti Kluster Keselamatan hari ini mengesahkan peraturan rentas daerah PKP menggunapakai sempadan yang dihunakan oleh pejabat daerah, bukannya sempadan daerah polis.
Persoalannya, kenapa sehingga kini pegawai penguatkuasaan masih gagal memahami arahan SOP Covid-19 ini sedanglan ianya sudah dilaksanakan hampir setahun. Jangan disebabkan sikap sambil lewa pegawai penguatkuasa menjadikan rakyat menjadi mangsa. – AA