Buat cara ni kalau nak aircond rumah tahan lama!
Cuaca panas di Malaysia sudah menjadi sinonim dengan kehidupan masyarakat lebih-lebih lagi sekarang sekarang sering dikaitkan dengan perubahan iklim global.
Perkara itu menyebabkan beberapa aktiviti luar rumah juga dihadkan kerana bimbang terhadap masalah kesihatan seperti strok haba.
Oleh itu, ramai yang cenderung untuk menggunakan alat penyejuk seperti kipas angin dan penghawa dingin atau aircond.
Jika dibandingkan dengan alat penyejuk lain, sebahagian besar orang lebih gemar menggunakan penghawa dingin kerana lebih sejuk khususnya sewaktu berada di rumah.
Hal ini kerana teknologi ini dapat menetapkan suhu yang diingini oleh pengguna atau pemilik rumah tersebut. Ia memberikan suasana yang nyaman dan sejuk meskipun cuaca di luar panas terik.
Walau bagaimanapun, penggunaan penghawa dingin ini secara tidak betul atau ekstrem boleh mengundang kepada cepat rosak.
Oleh itu, penting bagi setiap pengguna mengetahui cara pengunaan yang betul agar ia tidak cepat rosak dan bertahan dengan lebih lama.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Servis Aircond Batu Pahat di bawah. Semoga bermanfaat.
Buat Empat Cara Ni Kalau Nak Aircond Rumah Tahan Lama
Macam mana nak aircond rumah tahan lama?
Saya kongsikan beberapa tips penjagaan aircond yang anda boleh lakukan supaya aircond lebih tahan lama.
Pertama, bersihkan filter pada indoor unit sebulan sekali bagi memastikan tiada habuk yang melekat.
Kedua, buat servis berkala 3-6 bulan sekali untuk memastikan keseluruhan aircond anda bersih. Aircond yang kotor boleh menyebabkan kerosakan yang teruk seperti kerosakan compressor pada unit luar.
Ketiga, gunakan suhu 24 darjah Celsius hingga 27 dajrah Celsius sudah memadai untuk menyejukkan sesuatu ruangan supaya compressor dapat cut off dan dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
Keempat, pastikan pintu bilik sentiasa ditutup supaya compressor dapat cut off apabila mencapai suhu yang telah ditetapkan.
Semoga bermanfaat