Buat konten hubungan intim suami isteri secara melampau, menteri arah JAKIM siasat Fatin Fauzi

Buat konten hubungan intim suami isteri secara melampau, menteri arah JAKIM siasat Fatin Fauzi

Biarpun sebelum ini pernah ditularkan mengenai aktivitinya berkongsi ‘ilmu rumah tangga’ tanpa batasan di media sosial, wanita yang dikenali sebagai Atin atau nama sebenar Fatin Fauzi, tidak pernah serik untuk meneruskan agendanya merosakkan minda orang ramai.

Baru-baru ini, namanya kembali tular di media sosial apabila ada individu yang berkongsi mengenai perbualan lucahnya bersama ahli-ahli komuniti ‘sangapnya’ itu dengan dakyah-dakyah sesatnya.

Bimbang semakin ramai yang terpengaruh dengan Atin, ramai netizen menggesa pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya.

“Harap Jakim dan PDRM boleh angkutlah Fatin Fauzi ni. Dia ni siap buat group Telegram kononnya nak bagi motivasi tentang rumah tangga. Hakikatnya group itu hanya tempat dia bersembang pasal nafsu serakah je,” kata netizen.

 

 

Isu tersebut juga telah dimaklumkan kepada Menteri Agama, Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.

“Saya telah mengarahkan JAKIM untuk membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk diambil tindakan lanjut oleh pihak SKMM.

“Saya juga telah mengarahkan JAKIM untuk memanggil dan membuat pertemuan bersama pihak berkenaan, untuk diberi nasihat dan juga bimbingan.

“Dalam hidup ini, ada satu akhlak yang paling penting iaitu perasaan malu. Ada perkara yang tidak perlu kita bincang secara terbuka, termasuklah dalam bab hubungan intim suami isteri.

“Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah. Ini bukan akhlak Islam,” katanya.