Buat konten kentut di mikrofon kapal TLDM, TikToker ‘stoking pink hijau’ mohon maaf

Buat konten kentut di mikrofon kapal TLDM, TikToker ‘stoking pink hijau’ mohon maaf

 

Acara rumah terbuka melibatkan badan beruniform negara secara tidak langsung memberikan peluang kepada orang awam untuk meneroka aset pasukan keselamatan Malaysia.

Namun bagi seorang TikTokers bernama Zuraidah Nasir, content yang dibuat saat melawat ke Hari Terbuka Armada, Kota Kinabalu mencetuskan kecaman ramai.

Yang kasihan adalah pegawai pemerintah kapal, rekod dah jadi buruk

Dalam video asal yang kini sudah dipadamkan, terlihat dia sempat bergurau di luar dan dalam kawasan sebuat kapal besar.

Selain pura-pura menarik tali sauh kapal, dia juga membuat aksi kentut di mikrofon dengan penggunaan lagu latar kelakar.

 

Encik Fakhrin Tokai selaku seorang pesara tentera bagaimanapun menyifatkan content terbabit seakan menghina aset keselamatan negara dan institusi TLDM sendiri.

Jelasnya, beberapa anggota terlibat juga telah dipanggil untuk tindakan lanjut.

@fakhrintokai

Nak buat konten jangan sampai menghina. Yang dalam uniform hati-hati dengan konten anda. #tenteralautdirajamalaysia #angkatantenteramalaysia #royalmalaysiannavy #fakhrintokai #tldm

♬ original sound – Fakhrin Tokai – Fakhrin Tokai

Kat mikrofon tu la tempat baca doa sebelum pelayaran

Selain itu, difahamkan mikron yang dipermainkan oleh Zuraidah sering digunakan untuk anggota TLDM melaungkan azan atau membaca doa sebelum memulakan pelayaran.

Sebab itulah ramai yang terkilan apabila dia bertindak sebegitu.

Eyda dengan rendah hati mohon maaf pada anggota TLDM

Selepas teruk dikecam, Zuraidah telah membuat permohonon maaf di TikToknya semalam.

Jelasnya, dia langsung tidak ada niat mahu merendah-rendahkan aset TLDM dan bersedia bersemuka dengan Datuk Panglima sendiri jika berkesempatan.