Buat laporan suami ‘hilang’ lepas berjudi di Genting Highland, rupanya isteri dah masak jadi kari

Buat laporan suami ‘hilang’ lepas berjudi di Genting Highland, rupanya isteri dah masak jadi kari

 

Seorang wanita bernama Nagaratha Vally Ramiah telah melaporkan kepada pihak polis mengenai kehilangan suaminya, Ayakanno Marimuthu.

Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dikatakan telah bercuti ke Genting Highland, Malaysia untuk aktiviti perjudian namun tidak pulang semula ke negaranya, Singapura.

Polis curiga lihat Puan Ramiah seperti tidak ambil peduli dengan kehilangan suami

Siapa sangka di sebalik kehilangan itu, rupanya tersimpan satu jenayah yang kekal menjadi misteri hingga ke hari ini.

Selepas laporan dibuat di Balai Polis Joo Chiat pada 18/12/1984, pihak polis yang tidak mencurigai apa-apa cuma merekodkan Encik Ayakanno dalam senarai ‘orang hilang’.

3 tahun berlalu, Puan Ramiah mengundang kecurigaan kerana dia seperti acuh tak acuh dengan kehilangan suaminya.

Ketika itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Detektif Algamali bertindak membuka kertas siasatan dan mengambil keterangan daripada 30 individu.

Menurut dakwaan salah seorang suspek, Encik Ayakanno dikasari dengan sebatang besi

Hasil tangkapan yang dibuat pada 23/3/1987, 8 suspek utama termasuklah Puan Ramiah, ibunya, 3 orang abangnya (bersama isteri masing-masing) telah berdepan siasatan.

Awalnya semua menafikan tuduhan, namun salah seorang daripada mereka gagal tutup mulut lalu dedahkan mengenai jenayah yang dilakukan.

Pada 12/12/1984 yang mana Encik Ayakanno sepatutnya pergi ke Malaysia, si isteri telah bawanya ke sebuah rumah ibadat tempat salah seorang adiknya bekerja.

Di sana, lelaki itu diikat dan dikasari dengan sebatang besi sehingga ‘tewas’.

Badannya dimasak menjadi ‘Kari Manusia’

Kemudian, tubuhnya ‘dipisah-pisahkan’ oleh seorang lagi adik Puan Ramiah yang bekerja sebagai penjual daging.

Setelah digaul bersama rempah kari dan serbuk lada yang banyak untuk mengurangkan bau hamis, lelaki itu dimasak menggunakan sebuah periuk bersaiz besar.

Beberapa lebihan tulang dan tengkorak Encik Ayakanno telah dibungkus menggunakan plastik hitam berasingan lalu dibuang ke pelbagai lokasi tong sampah sekitar Singapura.

Gambar sekadar hiasan

Semua pelaku dibebaskan, namun boleh didakwa jika ada bukti baru

Jarak tempoh kejadian dan siasatan agak jauh, pertuduhan ke atas mereka digugurkan memandangkan badan Ayakanno dan bukti lain seperti batang besi serta periuk juga langsung tidak dapat dikesan.

Walaupun sudah dibebaskan, mereka semua tetap boleh didakwa semula di mahkamah andai kata polis menemukan petunjuk lain di masa hadapan.

Difahamkan sepanjang berkahwin, lelaki berkenaan kerap melakukan kekerasan terhadap Puan Ramiah dan sewenangnya meminta maaf apabila kemarahannya reda.

Kisah keluarga ini kekal menjadi antara salah satu jenayah terburuk dalam sejarah Singapura.

Gambar sekadar hiasan