Buat live bersama ibu bapa di Indonesia, Caprice sindir Mondy Tatu – “Ingatkan homeless..”

Terdahulu, pertemuan pendakwah bebas, Ebit Lew bersama seorang ibu tunggal, Mondy yang berasal dari Indonesia menjadi bualan hangat di media sosial selepas ada yang mendakwa Mondy sebenarnya seorang model dan personaliti TikTok yang mempunyai ramai followers serta bukannya gelandangan seperti yang didakwa.
“Terima Kasih Rakyat Malaysia Bantu Homeless Model..”
Terkini, penyanyi rap, Caprice dilihat memuatnaik sedutan TikTok Live Mondy yang berada di dalam sebuah rumah tinggal bersama keluarganya di Indonesia. Malah, Caprice turut ‘berterima kasih’ kepada rakyat Malaysia yang membantu ‘gelandangan model’ berkenaan.
“📏📏📏 MasyaAllah… Alhamdulillah.. terima kasih rakyat Malaysia sebab bantu homeless model hari tu… akhirnye… selepas jualan sambal mondy yang cecah lebih dari 300 botol… Mondy sudah selamat balik ke rumah…. family…. dia……di….. Indonesia….. Allah sayang. 😘🤫🤫🤫.” – kapsyen Caprice di Instagram
Dalam ‘live’ itu juga, Caprice dilihat meninggalkan komen yang menyindir Mondy.

Ingat Mondy homeless, rupanya ada keluarga ni sana. Alhamdulillah..
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan sindiran Caprice namun ada juga yang menasihatkan agar penyanyi lagu Baby Sayang itu untuk berhenti bersikap kebudak-budakan dan menjadi penilai pada setiap isu yang menjadi ‘viral’.