Buat live masa spotcheck asrama, netizen ‘bantu’ Cikgu kantoikan tempat sembunyi barang terlarang

Sudah lumrah kehidupan di asrama sekolah, pasti ada beberapa peraturan yang kita perlu ikut. Tidak seperti di rumah, kebebasan di asrama ada sempadannya. Ini kerana kebanyakan penghuninya adalah mereka yang masih bersekolah dan berada di bawah umur.
Bagaimanapun, seiring peredaran waktu, kehidupan di asrama juga mula berubah. Dengan pelbagai aplikasi yang terhidang, orang luar kini boleh melihat bagaimana spotcheck atau pemeriksaan mengejut dilakukan oleh para warden atau penjaga para pelajar di asrama.
Pandai ek masing2 dah habis sekolahh sian dorang hahahah
— Ari 🇲🇾 (@malaysiadude) January 2, 2023
dulu teringat pernah simpan surat cinterrrr katanyer kt dalam loker bahagian biskut biskut 😂🤣
— Keela (@keelakayden) January 3, 2023
ak dulu sorok komik dragonball, penyiasat remaja, majalah kreko belakang almari. kalau x pun, kt bilik stadi room ad bean bag, masuk dgn walkman dlm tu. hahaha. noob.
— Jayda (@jayda_ahchim) January 3, 2023
Hahahaha dulu member aku simpan phone dalam spender! Hanat betul. Time ada spotchek pakai pad hahahahahah
— anayil (@syazzzzzzw) January 3, 2023