Buat pelajar menjerit sampai menangis, netizen kritik cara ‘motivator’ beri ceramah

Buat pelajar menjerit sampai menangis, netizen kritik cara ‘motivator’ beri ceramah

Menjadi kebiasaan sekolah di Malaysia untuk menjemput individu memberikan motivasi apabila peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.

Namun, semakin lama jawatan ‘pakar motivasi’ itu semakin mudah disandang oleh ramai orang apabila individu seperti pempengaruh atau selebriti diangkat dan diagungkan.

Baru-baru ini, tular rakaman menunjukkan ceramah yang berlangsung di sebuah sekolah namun cara individu yang memberi motivasi tersebut dipersoal warganet.

Malah, mereka turut mempersoal kelayakan individu tersebut menjadi seseorang yang memberikan motivasi kepada pelajar.

Video itu menunjukkan seorang lelaki dikenali sebagai Zack Zawani sedang mengarahkan seorang pelajar perempuan untuk melaungkan kata-kata semangat.

Aku nak sangat berjaya! Aku nak buktikan kepada mak ayah aku!!”

 

Namun, caranya itu dikatakan sudah lapuk dan ramai netizen berpendapat motivasi tidak semestinya perlu menjerit dan menangis sebegitu.

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman menghadiri ceramah daripada pakar motivasi ketika zaman sekolah dulu-dulu dan kebanyakannya melalui ‘modul’ yang sama iaitu memainkan sentimen ibu bapa.

Bagaimanapun, sesetengah netizen berpendapat cara setiap pakar motivasi berbeza dan ia bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan.