Buat ‘projek’ dengan bapa saudara, wanita dibunuh lepas beritahu dirinya hamil.. mayat dicampak bawah jambatan

Buat ‘projek’ dengan bapa saudara, wanita dibunuh lepas beritahu dirinya hamil.. mayat dicampak bawah jambatan

 

Mayat seorang wanita berusia 26 tahun ditemui di bawah jambatan yang terletak tidak beberapa jauh dari rumah mangsa di Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia.

Jumpa mayat bawah jambatan

Memetik laporan Regional Kompas, pada 5 Februari lalu, mangsa telah keluar daru rumah untuk mengambil wang yang dikirimkan si suami yang bekerja di luar negeri.

Namun sehingga jam 8 malam, mangsa masih belum pulang dan perkara tersebut membuatkan ahli keluarga mula bimbang.

Mereka kemudian cuba mencari mangsa di sekitar kampung dan pada jam 11:30 malam, mereka dimaklumkan tentang penemuan mayat mangsa di bawah jambatan.

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat kesan luka dan tetakan pada bahagian leher mangsa. Polis turut menemui motosikal milik mangsa di lokasi kejadian.

Susulan daripada penemuan mayat tersebut, polis telah menahan seorang lelaki yang merupakan bapa saudara kepada suami mangsa.

Semasa soal siasat, suspek mengaku telah membunuh mangsa kerana mangsa memintanya untuk bertanggungjawab atas kehamilannya.

Rupa-rupanya, selama ini mangsa dan suspek mempunyai hubungan sulit sehingga mangsa hamil. Akan tetapi, suspek enggan bertanggungjawab sebaliknya nekad membunuh mangsa.

Menurut sumber, selepas melakukan pembunuhan tersebut, suspek kerap berpindah untuk melarikan diri namun akhirnya berjaya diberkas.