Buat video ‘trend’ di TikTok, netizen nampak Mierul Aiman macam ‘sesuatu’

Buat video ‘trend’ di TikTok, netizen nampak Mierul Aiman macam ‘sesuatu’

 

Sebelum ini Mierul Aiman yang terkenal dengan watak Fakhri dalam siri Astro Originals Projek: High Council ada memuat naik satu video di Tiktok miliknya.

Muat Naik Video Di TikTok

Dalam video tersebut, Mierul ada melakukan salah satu ‘trend’ yang menjadi ikutan para pengguna di TikTok dan video tersebut menjadi perhatian dari kalangan netizen.

Jika dilihat kembali, video tersebut sudah dilihat lebih 5.7 juta pengguna di Tiktok dan video tersebut menjadi viral.

@mierulaimanx

🫶🏾 #WTwoWorlds

♬ right now akon – lyriclychee

Mierul Di Temubual

Dalam pada itu, terdapat satu temu bual yang dimuat naik di media sosial yang sedang menemu bual Mierul dan bertanyakan kembali kepada Mierul mengenai videonya yang menjadi viral tersebut.

Mierul turut menjawab bahawa dia sendiri tidak menyangka video tersebut menjadi viral dan ditonton oleh ramai orang.

Tetapi ketika sesi temu bual tersebut, netizen soalah-olah mula perasan dengan perilaku Mierul apabila menjawab soalan yang ditanyakan.

Netizen Membanjiri Komen

Diruangan komen, netizen mula ‘menganalisis’ gaya tubuh Mierul yang  kelihatan soelah-olah sesuatu.

Nampak macam sesuatu dia sekarang. Macam ‘nonok’ sekarang. Bukan pasal make up. Gaya tubuh dan cara dia cakap macam sesuatu. Maaf kalau silap.

Macam bengkok ja ni.

Asal nak jadi sotong jer tengok.

Malah ada juga netizen yang mendakwa bahawa cara ‘make up’ yang dikenakan oleh Mierul seolah-olah tidak kena dan kelihatan agak terlebih.

Untuk pengetahuan, Mierul Aiman ialah seorang pelakon dan model dan kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2021 dan dinobatkan sebagai juara.

Dia mula mendapat kejayaan meluas apabila membawa watak Fakhri sebagai watak utama di dalam siri Astro Originals Projek: High Council.