Budak 11 tahun menjadi mangsa rogol bapa tiri bertahun-tahun hingga hamil dibenar gugurkan kandungan
Seorang kanak-kanak di Peru yang hamil akibat dirogol oleh bapa tirinya kini dibenarkan menggugurkan kandungnya.
Gugur kandungan
Menerusi laporan yang dipetik daripada Sindonews, mangsa yang berusia 11 tahun itu telah menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak beberapa tahun yang lalu.
Akibat perbuatan keji tersebut, mangsa yang masih di bawah umur itu diberi keizinan untuk menggugurkan kandunganya yang kini mencecah 18 minggu.
Difahamkan, mangsa pada awalnya telah dibawa ke sebuah hospital untuk menggugurkan kandungan tetapi ditolak namun selepas pihak berkuasa campur tangan, mangsa yang masih di bawah umur itu akhirnya mendapat keizinan daripada doktor di negara tersebut untuk menggugurkan kandungannya.
Difahamkan, mangsa kini berada dalam keadaan baik.
Sekadar info, prosedur menggugurkan kandungan hanya dibenarkan kepada para wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk melahirkan.