Budak India selamba ‘tarik’ lagu Bunga Angkasa di majlis kahwin buat ramai kagum

Budak India selamba ‘tarik’ lagu Bunga Angkasa di majlis kahwin buat ramai kagum

 

Muzik tempatan pada zaman 90-an masih didengari sehingga ke hari ini, lebih-lebih lagi genre rock atau lebih dikenali sebagai rock kapak. Kalau pergi karaoke mesti nyanyi lagu rock kapak kan? 

Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India menyanyikan lagu Bunga Angkasa nyanyian Terra Rossa dengan begitu lancar, siap ‘tarik’ lagi!

Video perkongsian @burnpazzword itu menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak itu menyanyi dengan begitu lancar tanpa sebarang slang dan vokalnya turut kedengaran sangat baik.

Dalam perkongsian itu, difahamkan kanak-kanak itu menyanyi di sebuah majlis perkahwinan bangsa India baru-baru ini.

@burnpazzword

video diambil dari shabat aku @🆂&🄹(●’◡’●)ノ ..selamba je tarik lagu bunga angkasa..memang terbaik adik ni..#fyps #malaysiatiktok #fypシ

♬ original sound – Burn – Burn

“Itu lagu legend weh!” 

Video yang berdurasi seminit itu menarik perhatian ramai, bukan sahaja ianya sesuatu yang sangat comel tetapi ia juga membuatkan ramai netizen kagum dengan kebolehan vokal kanak-kanak lelaki itu.

Malah, ada juga yang menyamakan suara kanak-kanak itu dengan vokalis satu lagi band di era 90-an iaitu Lela yang terkenal dengan lagu Bidadari.

Cats 9