Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri disyaki hanya perhati tanpa berbuat apa-apa untuk selamatkan mangsa
Polis menahan seorang lelaki susulan menerima laporan mengenai kematian kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah kolam renang di Bangi, pada 13 September lalu.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yanng juga merupakan abang tiri manngsa berusia 27 tahun ditahan pada Ahad lalu.
“Penelitian yang dilakukan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, ketika kejadian suspek turut berada di lokasi kejadiann.
“Suspek dilihat sedang leka melakukann sesuatu sambil melihta mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.
Terdahulu, polis menerima laporan berkaitan kejadian daripada Hospital Serdang yang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Siasatan mendapati, mangsa meninggal dunnia akibat lemas pada jam 3 petang semasa mandi di kolam apartment berkenaan. Lalu dibawa ke klinik dan dirujuk ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.
Pihak hospital kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 1 petang, 14 September selepas mendapatkan rawatan.
Susulan kematian mangsa, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.