Budak Najib ‘spin’ isu LCS, sekali selambe ajer awek ni tapau balik siap bagi fakta

Budak Najib ‘spin’ isu LCS, sekali selambe ajer awek ni tapau balik siap bagi fakta

SPINNER

Mula-mula dia cakap Pengerusi PAC tu DAP, seolah-olah laporan PAC kes LCS tu berat sebelah…

Rupanya ada 3 Ahli Parlimen dari UMNO, 3 PPBM, 2 PAS, 1 PKR, 2 DAP dan 1 Amanah serta 1 GPS dalam senarai Ahli Jawatankuasa PAC…

Lepas tu dia cakap PH henti projek LCS tahun 2018 bila Mat Sabu jadi Menteri Pertahanan, rupa-rupanya laporan PAC sebut April 2018 lagi dah hentikan projek LCS sebab hutang…

Boustead tu rupanya ada hutang RM1 bilion dengan bank yang masih belum selesai sampai tahun 2019…

Jadi sub-kontraktor dan pihak OEM pun tak nak sambung kerja projek LCS selagi tak mula bayar hutang…

Keadaan ni sama je masa tahun 2005 projek Boustead dengan PSC-Naval Dockyard, yang mana 40 sub-kontraktor tak di bayar beratus juta dan lebih memalukan caruman RM1.4 juta kepada EPF dari 1,500 kakitangan juga tak bayar…

Boustead juga yang buat projek kapal selam Scorpene dan Agosta yang tertangguh 16 bulan dan lebih bajet…

Mamat tu jugak cakap konon dari tahun 2014 sampai 2018 kerja projek LCS naik sampai 55 peratus, walhal dari tahun 2012 lagi segala LOI, LOA, lantikan kontraktor, bayaran pendahuluan dan segala macam kerja dah bermula…

Dia juga cakap kononnya surat Panglima TLDM tu hanya surat bincang isu rekabentuk LCS antara SIGMA dan GOWIND, walhal ada 10 pucuk surat kot, bukannya satu atau dua…

Dia jugak kantoi konon Mat Sabu punca segala masalah LCS, tapi Zahid Hamidi yang lulus pertukaran rekabentuk dari SIGMA ke GOWIND tanpa persetujuan Panglima TLDM…

Kantoi pulak “tweet” Hishamuddin sepupu dia bertarikh 24 Ogos 2017 dengan “caption” dan gambar seolah-olah LCS 1 dah siap…

Dan tarikh sama pelancaran LCS 1 oleh Sultan Perak di TLDM Lumut, sedangkan dia cakap LCS 1 patut siap tahun 2019, bukan 2017…

Dia jugak cuba cari alasan mengapa dana projek LCS sebanyak RM746 juta di bayar untuk selesaikan hutang lama tahun 2010 projek NGPV, kononnya untuk pertahanan negara…

Dia persoal kenapa PH diam masa 2018, dan baru sekarang nak bising, tapi dia lupa siasatan PAC sahaja ambil masa dua tahun mula 2020 dan seawal Mei 2018 juga Mat Sabu dah cadangkan tubuh JKSTUPPK untuk siasat kelewatan LCS sejak 2016…

Tu dia the master of spinner…

Sumber – FB Liyana Marzuki