Budak perempuan berbasikal maut langgar lori sampah
Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas basikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar tayar belakang sebuah lori sampah di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu. Mangsa Aminah Mohd Hafis yang berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
“Siasatan awal mendapati, lori sampah jenis Mitsubishi yang dipandu lelaki berusia 55 tahun sedang memasuki selekoh untuk mengutip sampah di kawasan berkenaan sebelum mangsa yang dari rumahnya secara tiba-tiba meluru sehingga terlanggar bahagian kanan tayar lori terbabit.
“Pemandu lori itu kemudiannya turun dan mendapati penunggang basikal tersebut berada di bawah tayar belakangnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemuda Ditemukan Maut Dipercayai Digilis Kereta Api
Sebelum ini, seorang pemuda ditemukan dalam keadaan sudah lagi tidak bernyawa dipercayai akibat digilis kereta api 6 Julai lepas.
Mangsa ditemukan maut pada kira-kira 7.30 pagi tadi dipercayai digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Tanjung.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azrual Mohamed telah mengesahkan pihak telah menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
Insiden meyenyat hati itu telah membabitkan mangsa, Mohammad Aqil Ifran Hizuan yang berusia 23 tahun.
Sementara itu, bapa mangsa, Hizuan Jusoh (52) berkata, beliau mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas diberitahu adik iparnya, Aiman Abdul Rashid (20).
Tambahanya, landasan itu sering menjadi pilihan penduduk untuk melintas dari Kampung Tanjung ke Kampung Tanjung Chenak.
Mangsa yang bekerja sendiri dipercayai menggunakan landasan tersebut untuk melintas ke rumah bapa saudaranya.