Budak tulis surat & sedekah duit mohon maaf termuntah dalam surau, tindakan adik ini terima puji netizen

Budak tulis surat & sedekah duit mohon maaf termuntah dalam surau, tindakan adik ini terima puji netizen

 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini sangat sesuai dengan apa yang bakal dikongsikan dalam artikel ini. Seorang kanak-kanak telah menulis surat permohonan maaf kepada pihak ahli jawatan kuasa sebuah surau di Putrajaya selepas termuntah dan tidak sempat membersihkannya.

Kejadian itu berlaku di Surau Putra Al-Amin Presint 8 dan telah dikongsikan di Facebook salah satu AJK surau tersebut. Korang boleh tengok perkongsian Jafri Abu Bakar Mahmoodi di bawah.

Screenshot 2023 02 05 At 3.25.06 PmScreenshot 2023 02 05 At 3.24.55 Pm

 

Anak soleh

Rata-rata netizen memuji tindakan adik ini yang mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden yang berlaku. Tak kurang juga ramai yang memuji ibubapa adik ini kerana mengajar anak mereka adab yang betul selepas melakukan kesalahan.

Screenshot 2023 02 05 At 3.26.03 PmTahniah kepada ibubapa adik ini yang telah mendidik anak mereka dengan teladan yang baik. Bukan semua orang mampu ajarkan tanggungjawab sebesar ini kepada anak mereka. 

Screenshot 2023 02 05 At 3.26.15 PmPujian juga harus diberikan kepada adik ini yang sanggup tulis sendiri surat itu. Kalau tengok tulisan dalam surat tu, nampak macam kanak-kanak sekolah rendah yang tulis. Betul kan?

Screenshot 2023 02 05 At 3.26.41 Pm

Ibubapa yang mencorak bagaimana anak mereka akan jadi di masa hadapan. Berdasarkan surat tulisan tangan dan duit RM100 ini, nampak gayanya ibubapa ini berjaya mendidik dan mencorak anak mereka sebaik mungkin. Tahniah sekali lagi min ucapkan.