Buka semula ruangan komen di Instagram, isteri Haqiem Rusli sedia dikecam?

Buka semula ruangan komen di Instagram, isteri Haqiem Rusli sedia dikecam?

Selepas mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan foto tanpa hijabnya, isteri kepada penyanyi popular, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea akhirnya membuka semula ruangan komen di Instagram miliknya pada Isnin.

Tindakan Anis itu sekaligus seperti memberi ‘hint’ bahawa dia kini sudah bersedia menerima kritikan dalam kalangan netizen.

Malah, menerusi perkongsiannya di platform berkenaan, Anis ada memuat naik beberapa foto terkininya iaitu ketika menghadiri jemputan rumah terbuka baru-baru ini.

 

Berdasarkan pemerhatian, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons daripada peminatnya di ruangan komen.

Malah, rata-rata berpendapat, penampilan Anis sudah tidak secantik dahulu iaitu sewaktu dia masih mengenakan hijab.

anis sofea

Meskipun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu, namun terdapat segelintir pengikutnya tampil mempertahankan keputusan gadis berusia 21 tahun itu melepaskan hijabnya sekaligus meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat Anis.

Terdahulu, Anis tampil melepaskan hijabnya pada satu syawal lalu dan mengambil keputusan untuk memadam foto di akaun media sosialnya.

Tindakannya yang drastik itu sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat sehinggakan ada yang berteka-teki bahawa hubungannya bersama Haqiem Rusli ditimpa masalah.

Bagaimanapun, tidak melatah dengan kontroversi yang timbul, pelantun lagu Mimpi itu tampil memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.

“Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih (isu isteri tanggalkan hijab) sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi.

“Cuma apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.

“Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa.

“Tidak kisahlah apa assumption atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja,”katanya.