‘Buka tingkap terus selesai masalah’ – Wanita ini dipuji ‘settle’ kes kemalangan kurang seminit
Jika berlaku kemalangan, selalunya akan berlaku pertelingkahan sehingga ada yang melarat menyebabkan kecederaan antara pemandu-pemandu terlibat.
Bagaimanapun satu rakaman video kemalangan yang dimuat naik semula oleh Twitter @jllmisai mencuri perhatian netizen apabila seorang wanita menyelesaikan kes kemalangan yang dihadapinya dalam masa kurang 30 saat sahaja.
Pada awal video berkenaan kereta wanita yang mempunyai dashcam ini dalam perjalanan mahu membelok ke kanan di persimpangan jalan. Di hadapannya pula ada sebuah Perodua Myvi biru yang berada di lorong tengah sudah memberikan lampu signal untuk membelok ke kanan.
Kes terus selesai. pic.twitter.com/6aKdvJLFwy
— Jalal Misai (@jllmisai) March 23, 2023
Apabila wanita itu menghampiri bersebelahan Myvi, kereta biru itu tiba-tiba masuk ke lorong kanan dan menyebabkan wanita itu merempuh bahagian kanan Myvi terbabit.
Hampir 20 saat wanita tersebut berdiam diri sejurus dia mengeluh melanggar Myvi berkenaan. Kemudian dia membuka tingkap dan mencadangankan untuk menyelesaikan kemalangan itu dengan baik.
“Tak apa claim I punya insurans sajalah. Nak pullover (berhenti) dekat mana?” katanya.
Tengoklah perempuan dengan perempuan punya bonding, itu kalau laki tu habis kene hamun dulu laki tu 🤣🤣🤣 https://t.co/G3MwgYlIQJ
— Amir F. ⎊ 🇲🇾 (@amiryuswardi) March 24, 2023
tak smpai seminit settle hahhahaa https://t.co/Motp1eFcnQ
— N'✨ (@NrlNayliii) March 24, 2023
Terus settle https://t.co/0zlv5eX2xi
— حارث دانيل (@HDazahar) March 24, 2023
Hahaha semudah abc https://t.co/RMSoCD3QMm
— Asrey Adzman (@AsreyAdzman) March 24, 2023
bagi signal, pastikan tiada kenderaan baru tukar lorong. aiyo https://t.co/jbxAOuFI9g
— khaidir! & Hafizah! (@khaidiranuar) March 24, 2023
Tindakan spontan wanita itu membuatkan netizen geli hati pada masa sama memujinya yang tidak membawa kes kemalangan kecil itu berlarutan sehingga boleh mengganggu kelancaran aliran trafik.
Dalam pada itu netizen turut menegur tindakan Myvi itu melulu menukar lorong adalah salah, kerana cara yang betul pemandu perlu memastikan laluan itu selamat barulah boleh menukar lorong.