“Bukan budak, pegawai bank pun tak tau nak jawab ” – Guru kritik soalan Matematik darjah 3 tak masuk akal

“Bukan budak, pegawai bank pun tak tau nak jawab ” – Guru kritik soalan Matematik darjah 3 tak masuk akal

 

Umum mengetahui, silibus pembelajaran di sekolah sekarang agak advance dibandingkan dengan silibus zaman kita dahulu. Kalau dulu kita belajar asas Matematik ketika sekolah rendah, murid zaman sekarang perlu belajar lebih daripada itu.

Selain itu, setiap kali peperiksaan pasti diselitkan soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang memerlukan pelajar berfikir di luar kotak.

Baru-baru ini viral di media sosial Facebook seorang guru telah memuat naik satu gambar memaparkan soalan Matematik darjah 3. Dalam kapsyen perkongsian tersebut, guru ini pada mulanya hendak melakukan persediaan sebelum mengajar.

Guru 11 Guru 8

Beliau terkejut apabila soalan pada halaman buku Matematik itu meminta pelajar untuk nyatakan nilai mata wang dari beberapa negara.

Dalam soalan tersebut, para pelajar perlu membuat perbandingan nilai RM1 dengan nilai mata wang dari negara-negara terdekat seperti Indonesia, Thailand, Myanmar, Singapura, Vietnam, Filipina, Brunei, Kemboja dan Laos

Pegawai bank pun tak tau nak jawab– Mohd Fadli Salleh

Tambahnya pula, beliau tertanya-tanya apa kepentingan topik tersebut untuk murid darjah 3? Sedangkan jika dirinya adalah penggubal soalan, beliau sendiri tidak tahu untuk menjawab soalan itu melainkan perlu semakan Google.

Baginya, silibus pembelajaran di sekolah agak melampau dan entah bila ianya akan diganti. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk skip sahaja soalan tersebut.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen setuju dengan pendapat guru ini. Ibu bapa juga turut berkata silibus pembelajaran anak-anak mereka agak mencabar.

Guru 1 Guru 2 Guru 3