Bukan di Uighur, kisah sedih umat Islam dihalang solat di masjid di Malaysia

Bukan di Uighur, kisah sedih umat Islam dihalang solat di masjid di Malaysia

HARI YANG MEMBENGANGKAN..

Tlg ye sobat2 tlg tag sikit kat menteri agama..
Aku ni tak pandai tulis kat fb. Biasa share posting orang. Tp hari ni aku benggang betul…

Dalam perjalanan ke Bekok bawa anak2 sempena hari cuti, singgah untuk solat kat masjid ni. Dah terlepas pun solat jaamah bersama khariah masjid, tapi masih tidak diberi kebenaran untuk anak2 solat kerana tidak melebihi 12 tahun atas alasan SOP. AJK masjid memang Bertugas tunggu masjid walau dh lepas waktu solat.. Pakcik ni dengan bengisnya halang anak2 aku masuk masjid.

Aku minta izin solat juga, sebab jemaah dah balik, masjid dah kosong.. tapi tegas betul pakcik ni.. alasannya kena ikut SOP juga..

Tak nak bergaduh aku blah jer la cari petronas.. solat kat situ.

Aku rasa peranan masjid kena jelas, AJK masjid ni patutnya bertolenrasi dan ada budi bicara.

Virus Covid 19 ni dah jadi endemik, sepatutnya masyarakat boleh melaksanakan semua urusan dgn SOP yang betul tanpa diskriminasi.

Anak tadika dah boleh bersekolah, dh boleh dine in, boleh ke shopping complex , boleh merentas negeri, boleh pergi bercuti, boleh check in hotel..

tapi kenapa anak2 kecil ke masjid jadi salah? Rumah Allah ni utk org dewasa sahaja ke, mana hak anak kecil kat masjid?

Didikan awal mengajar anak-anak kenal masjid, terutama anak lelaki yang kena solat berjamaah di masjid semuanya bakal terkubur jika umat Islam pandang ringan bab2 ni.

ISLAM MAKIN TERANCAM di bumi sendiri.
Aku sedih betul hari ni .

#hebatmelayuisle
#duitdiutamakan
#agamadiketepikan

Sumber – FB