Bukan Farid Kamil, Ahirine dedah pelakon berstatus suami orang menggatal ajak jadi skandal

Bukan Farid Kamil, Ahirine dedah pelakon berstatus suami orang menggatal ajak jadi skandal

 

Baru-baru ini, nama pelakon Ahirine Ahirudin tidak semena-mena dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle.

Menurut laporan Utusan, tuan empunya badan telah pun menafikan dan berkata Farid Kamil bukanlah punca berlaku keretakan rumah tangga pasangan selebriti itu.

Pelakon tinggi lampai itu sendiri akui tidak mengerti mengapa dia dikatakan menjadi orang ketiga hanya kerana berlakon filem arahan Farid dan melakukan aktiviti Muay Thai bersama.

Ahirine yang gemar melakukan aktiviti Muay Thai dikhabarkan sedang berkenalan dengan seorang lelaki yang turut mempunyai kemahiran sama sepertinya itu.

Malah, dia turut mendedahkan sebenarnya ada beberapa pelakon lelaki popular yang lain cuba mendekati dan mengajak Ahirine menjadi kekasih gelap.

Katanya, pelakon yang menggatal dengannya itu berstatus suami orang dan mempunyai anak selain turut menayang kebahagiaan dengan keluarga di media sosial.